• Last order sebelum cuti raya ialah Selasa 9hb sebelum jam 8AM, Order akan dihantar hari yg sama. Cuti raya aidil fitri sampai 14/4/2024. CS: 016-7494565 ~Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1445H~ Download Apps
icon-search
icon-search

PANDUAN MEMBELI AYAM SEGAR

Kita semua sedia maklum bahawa ayam adalah halal di sisi Islam. Namun halal ayam ada syaratnya iaitu mesti disembelih dengan sempurna menurut syarak.

Penyembelihan dari segi bahasa bermaksud potong atau belah atau melukakan bahagian tertentu pada binatang oleh orang tertentu dengan alat tertentu bermaksud menyembelih binatang tersebut.


Manakala dari segi syarak ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Hukum menyembelih haiwan yang halal dimakan jika mampu dikuasai hukumnya adalah wajib. Haiwan yang tidak disembelih menurut syarak dikategorikan sebagai bangkai dan najis. Bagi haiwan yang tidak dapat dikuasai (haiwan buruan seperti rusa, kancil dan seumpamanya) adalah diharuskan melukakan pada mana-mana bahagian tubuhnya sahaja (contohnya panahan) dengan maksud menyembelih (ketika memanah). Sekiranya haiwan itu tadi diternak, maka hukum balik kepada asal iaitu disembelih.


Sabda Rasulullah s.a.w; “Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher” (HR Ibnu Abbas)

image011.jpg

Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.

Allah Azzawajalla berfirman; “Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.” (Surah Al-An‘am: 118) 

untitled.jpg

Nabi s.a.w pula bersabda; “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(HR Muslim)

Semoga dengan perkongsian tips ini dapat membantu anda.

Wassalam..




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping